Isnin, 5 Mac 2012

Pada hari Isnin lepas, Singapura mula tidak senang duduk melihatkanharga minyak dunia sudah mula melonjak naik ke paras tertinggi sejak 9 bulan lepas. Begitu juga negara-negara lain yang tiada minyaknya akan “mula kepanasan”. Pada masa itu, harga minyak dunia yang berjaya dicatatkan adalah sekitar US$105 setong.
Agak-agak Malaysia akan terjejas atau tidak? Kalau jawapannya terjejas agak pelik bunyi. Kita ada hasil minyak sendiri. Minyak yang kita gunakan seharian sekarang ini daripada gred rendah yang dibeli daripada negara pengeluar minyak yang lain manakala daripada hasil minyak Malaysia sendiri yang dijual di luar merupakan minyak yang berkualiti tinggi (“sweet crude” yang mana kandungan sulfur di dalamnya amatlah rendah).
Jikalau hari ini harga minyak dunia terus naik :
  • Pendapatan Malaysia juga akan turut meningkat sekali ganda dengan kualiti minyak yang dimiliki oleh Malaysia + kenaikan harga minyak dunia

Harga Minyak Dunia Naik Sekarang Ini, Apa Sebabnya?

harga minyak dunia 2012 Harga Minyak Dunia Terus Melambung Tinggi US$108.62 Setong!!Iran yang merupakan pengeksport minyak kelima terbesar di dunia. Iran juga menyumbang 18% penghantaran minyak bagi negara-negara di Eropah. Kementerian Minyak Iran menghentikan penghantaran minyak mentah kepada syarikat-syarikat Britain dan Perancis yang memberikan kesan buruk kepada kesatuan Eropah. Tak cukup lagi setakat ini, dikhabarkan yang Venezuela pun akan hentikan bekalan ke Eropah sebagai tanda sokongan kepada Iran..
  • Spekulasi perang Iran.
  • Amerika berang apabila jual beli minyak Iran dengan India tidak lagi menggunakan matawang USD.  Serta-merta nilai dollar jatuh dan meningkatkan nilai emas
  • Sekarang ini urusniaga India-Iran adalah melalui emas. Amerika mahu duduk diam?
  • Amerika semestinya mahu mengukuhkan matawang USD mereka tetapi jika Iran terus berdegil, peranglah jawapannya

Umat Islam Seluruh Dunia Perlu Bersatu – Kelebihan Minyak Untuk Umat Islam

  • Sepatutnya seluruh umat Islam mengambil langkah ini, kembali kepada dinar dan dirham sebagai alternatif pertukaran wang dagangan kerana terbukti ia pasti menggugat musuh Islam terbesar kini iaitu Amerika Syarikat
  • Kita mesti yakin kepada pertolongan Allah, seperti juga air zamzam yang tidak pernah kering walaupun berjuta-juta umat Islam mengambilnya saban hari saban tahun, begitu juga Allah menganugerahkan minyak kepada seluruh negara Islam hatta Bosnia sebaik saja istihar sebagai negara Islam maka meleleh keluarlah minyak dari buminya!
  • Begitu juga emas jika umat Islam yakin dan bertakwa insyaAllah ia akan melimpah ruah menjadi kepunyaan umat Islam
Yang pastinya golongan yang tersenyum lebar dengan berita kenaikan harga minyak dunia, adalah penyimpan emas. Harga minyak dunia naik VSharga emas akan turut sama naik.
Jikalau harga minyak dunia terus meningkat naik melebihi kenaikan dahulu, tidak mustahil harga minyak RON95 akan juga dinaikkan. Cuma mungkin berita ini tidak akan didendangkan terlebih dahulu memandangkan Pilihanraya Umum ke 13 akan diadakan tidak lama sahaja lagi.
P/S : Apa respon melihatkan trend kenaikan harga minyak dunia yang berlaku sekarang ini sehinggakan ada laporan mengatakan boleh naik sehingga ke paras Us$250 setong?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan